0 Items - RM0.00
0
  • No products in the cart.
0 Items - RM0.00
0
  • No products in the cart.
-11%

KCOLLY

RM95.00 RM85.00

Compare
Category: Tag:

Serlahkan seri wajah anda dengan K-Colly Sweet yang diperkaya dengan khasiat kolagen marin bersama serbuk mutiara yang berkesan untuk membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mengatasi masalah kulit kering dan bersisik serta berupaya melindungi kulit daripada sinaran ultraungu yang boleh merosakkan kulit.

Kandungan

Hydrolyzed Marine Collagen: Kolagen larut air dari sumber marin yang juga dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, gelatin juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel tubuh dan meningkatkan tahap metabolisme.

Astaxanthin: Astraxanthin merupakan pigmen organik ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan selain membantu merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu dan turut bertindak sebagai bahan pewarna yang selamat untuk digunakan.

Coenzyme Q10: Turut dikenali sebagai ubiquinone, ia merupakan sebatian yang hampir serupa dengan vitamin dan terkandung dalam tubuh manusia dan juga boleh dihasilkan dalam makmal. Coenzyme Q10 berfungsi sebagai antioksida yang berperanan mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya. Selain itu, ia juga berupaya menukar makanan kepada tenaga dalam badan.

L-Glutathione Berry Plus: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, kulit bersisik (psoriasis), kulit kering (neurodermatitis), dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan racun dalam tubuh, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.

Pearl: Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.

Hyaluronan: Asid Hyaluronan merupakan karbohidrat yang terdapat dalam tubuh manusia, juga boleh dihasilkan di dalam makmal. Selain melancarkan bahagian sendi dan otot dalam badan, Hyaluronan merupakan pelembap kulit yang baik, di samping membantu memelihara tisu kulit.

Kelebihan

Menyerikan kulit
Memperbaiki sel kulit
Memelihara tisu kulit
Menyegarkan kulit
Meningkatkan keanjalan kulit
Memelihara kulit daripada sinaran UV
Mengatasi masalah kulit seperti kulit kering dan bersisik
Meningkatkan metabolisme
Meningkatkan sistem imunisasi

Cara Penggunaan

Ambil setengah sudu K-Colly Sweet dan terus suap ke dalam mulut
Ambil 2 kali sehari: sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur
Minum 3 liter air sepanjang hari untuk kesan yang optima
Simpan di tempat yang kering

Weight 800 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KCOLLY”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us

Enter your keyword